We love swiftlet farming, forever and ever!!!

Saturday, March 14, 2009

Ventilation hole (VH)

Lubang Pengudaraan (Ventilation Hole, VH)

Kelmarin, semasa saya melayari laman web, terlintas satu artikel yang menarik di “the star online”. Alamat webnya : .

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/3/4/central/3308636&sec=central

Atau boleh dirujuk di:

http://www.mediafire.com/file/3hyzkbwgiyx/Harvesting the exotic bird’s nest.doc

Saya ternampak sesuatu yang agak lucu di mana penulis tersebut menyatakan bahawa “hollow PVC pipes are installed in the wall as a sort of small tunnel access for the birds to go in and out of the buildings”. Terjemahannya adalah : paip PVC dipasang di atas dinding adalah untuk membenarkan burung keluar dan masuk dari bangunan.

Sudah amat jelas bahawa media massa telah salah faham tentang kegunaan lubang pengudaraan ini, apatah lagi bagi khalayak ramai yang langsung tidak pernah melibati diri dalam bidang ini!


PVC ventilation hole


Pada umumnya, bagi mengenalpasti sesebuah bangunan adalah rumah walit, orang ramai boleh mengetahuinya melalui 1) bunyi bising pembesar suara, 2) rupabentuk “façade” bangunan dan 3) pemasangan lubang pengudaraan jenis paip PVC di dinding bangunan.


Memandangkan pemasangan paip PVC lebih mudah menarik perhatian orang ramai, saya sering kali ingin bertanya kenapa para pemilik premis walit tersebut tidak menggantinya dengan blok pengudaraan atau “precast cement vent block”? Blok pengudaraan ini rupabentuknya lebih kemas dan pemasangannya tidak menghodohkan “façade” bangunan.



Vent Block



Precast Cement Vent Block

Ok, balik ke salah faham kegunaan lubang pengudaraan di atas, saya ingin meringkaskan kegunaannya di bawah supaya ia dapat memanfaatkan saudara-saudari sekalian :


1) untuk tujuan pengudaraan dan pertukaran udara, di mana udara bersih dari luar bangunan dapat mengalir masuk dan udara panas dialir keluar.

2) untuk mengekalkan suhu dan kelembapan dalaman bangunan

3) mengelakkan papan sarang (nesting plank) dari diserang kulat

4) keadaan pengudaraan dan kelembapan yang sesuai dapat menghasilkan sarang burung yang berkualiti.

5) membolehkan udara tercemar dan bertoksik dikeluarkan dan mengurangkan bau busuk supaya pemilik yang memasuki premis walit dapat bekerja dengan lebih selesa dan selamat.


Walau bagaimanapun, lubang pengudaraan tidaklah digalakkan untuk tujuan memperbaiki habitat mikro premis walit, yakni ia tidak seharusnya digunakan sebagai satu-satunya alat untuk merendahkan suhu dan mempertingkatkan kelembapan. Untuk memperolehi keadaan suhu dan kelembapan yang sesuai, kita perlu menitikberatkan terutamanya rekabentuk rumah walit, sistem penebatan haba dan mempertimbangkan faktor-faktor persekitaran yang lain seperti keamatan sinaran matahari, kekuatan angin dan sebagainya.


Pemasangan lubang pengudaraan yang terlampau banyak (walaupun boleh ditutup kemudian) akan merencatkan kadar pertumbuhan rumah walit, di mana kemasukan arus angin akan menyebabkan ketidakstabilan udara di dalam bangunan dan seterusnya mengganggu laluan penerbangan masuk burung walit. Tambahan pula, kemasukan angin dingin yang keterlaluan pada waktu malam akan menyebabkan kesejukan dan mungkin menyebabkan kematian anak-anak burung walit dan menjejaskan perkembangan telur. Perlu juga diingati bahawa udara yang memasuki lubang biasanya adalah udara kering dan ini akan menurunkan kelembapan dalam bangunan.







No comments:

Post a Comment